|
noy (23035) - 8/5/2005 9:10:39 AM/219.95.245.40
Assalamualaikum w.wrt
Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di
Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh
malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil
nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN
DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur
yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan
dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang
diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan
dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA
YANG KHUSYUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari
seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat,setiap kali
dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu
datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT
memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang
duduk berkumpulan-kumpulan,setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah
MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya
ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap
gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung,
maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS
KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada
tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang
mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU
lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke
mukannya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS
KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api
tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU
KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Jiwa Tanpa Amal, Gersang Hati Tanpa Iman.
 |
|
|
|
No comments:
Post a Comment